Pages

Subscribe:

Labels

Sunday, June 8, 2014

Cctv Siti Sofea Diculik Pembunuh

Kuala Lumpur: Kecuaian seorang ibu meninggalkan anaknya berusia dua tahun enam bulan bersama kawan ketika hendak ke tandas membawa malang apabila anaknya itu dilarikan seorang lelaki sebelum dibunuh kejam selain cuba diperkosa di tepi Sungai Klang, berhampiran Stesen Kereta Api Lama, Jalan Hishamuddin , malam kelmarin.
Difahamkan, mangsa, Siti Sofea Emelda, dilarikan suspek daripada jagaan rakan ibunya, dipercayai dipenggal atau dihentak lehernya dengan batu marmar sehingga kepalanya terputus dan ditemui berdekatan kakinya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng, berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama ibunya yang juga seorang gelandangan berada di tingkat empat, Plaza Kota Raya pada kira-kira jam 9 malam, sebelum ibunya menyerahkan mangsa kepada rakannya untuk dijaga sementara pergi ke tandas.

Katanya, ketika dijaga rakan ibu mangsa, kanak-kanak terbabit dilarikan seorang lelaki sebelum membawanya keluar dari pusat beli-belah berkenaan menuju ke arah Stesen Kereta Api Lama berhampiran tebing Sungai Klang.
Menurutnya, beberapa orang awam melihat lelaki terbabit mendukung kanak-kanak berkenaan dan membawanya ke kawasan semak sebelum dipercayai cuba memperkosanya.

No comments:

Post a Comment

Blogger news