Tuesday, February 21, 2012

Belum seru untuk bertudung.. Ehh??

     Pagi tadi singgah la kejap nak beli sarapan pagi sebelum pergi kerja, jalan punya jalan tengok la sekejap tajuk Newspaper hari nie.. haa.. Harian Metro..Cam best je nie.. Tiba-tiba, terpampang pulak tajuk nii......"Belum seru untuk bertudung". Artisnya tut..


Tak cam pulak aku...

" DI USIA 44 tahun, dia masih lagi mengancam laksana anak dara sunti. Mahu tidak mahu, perlu bagi Ziana untuk kekal cantik kerana itulah bayaran apabila bergelar artis."

“Kalau ikutkan seksa sebenarnya hendak kena jaga makan dan keluar rumah terpaksa bersolek, tetapi artis memang perlu menjaga penampilan serta menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat.

“Penghijrahan manusia Allah s.w.t berikan kepada setiap makhluk-Nya dengan cara berbeza. Ada orang berubah daripada segi penampilan tetapi hati tidak. Ada pula yang berhijrah dengan membersihkan hati serta menjaga pertuturan, tetapi seru untuk berhijab belum tiba.

“Saya pasti suatu hari saya akan melakukan hal (bertudung) yang sama, tinggal lagi masa saja akan menentukan. Sebagai seorang Muslim, Insya-Allah jika diberi kesempatan suatu hari saya ingin menunaikan fardu haji.

“Masa itu memang tidak boleh buka-buka lagi dah kerana apabila ke sana kita membuat perjanjian dengan Yang Maha Esa untuk berubah dan bertaubat, jadi kita perlu pegang pada janji.

“Apapun, saya kagum dengan adik-adik yang memperoleh seru di usia yang muda dan berharap mereka ikhlas dan terus kekal begitu. Sesetengah orang sudah elok bertudung, bila rasa jemu dibukanya tudung.

“Tidak manislah begitu seolah persendakan agama pula dan inilah yang saya bimbangkan sebenarnya. Bila keputusan ini kita buat seikhlas hati tanpa pengaruh atau desakan mana-mana pihak, insya-Allah perubahan yang dilakukan itu adalah terbaik kerana ia datang dari lubuk hati yang murni,” kata ibu kepada empat orang cahaya mata itu.  


p/s : Minat minat juga. Tapi terkedu gak aku dengan tajuk harini. Tiada sensitiviti umat Islam ke ayat macam ni. Ada pandangan..??

Cara Menghilangkan Border Gambar dalam Posting


1) Design > Edit HTML
2) Cari kode berikut ( tekan Ctrl + F ) : taip "post img"

    Tukarkan 4px > 0px
3) Save templete. Siap

Jurang Usia Bukan Halangan Perkahwinan

  Sewaktu remaja dahulu, aku selalu tertanya-tanya. Apa maksud sebenar perkahwinan ni? Adakah cuma kerana Cinta? Nafsu? atau berkahwin ...