SERDANG: Niat seorang wanita keluar untuk menonton wayang bersama teman lelaki bertukar episod malang apabila dia menjadi mangsa cabul lelaki itu yang mengambil kesempatan mencium dan meraba seluruh badannya ketika mereka berada dalam panggung wayang di sebuah pusat beli-belah, di sini, Ahad lalu.
Dalam kejadian jam 6.40 petang, wanita berusia 22 tahun itu diajak suspek menonton wayang dan dia yang tidak mengesyaki apa-apa bersetuju dan masuk dalam panggung berkenaan tidak berapa lama kemudiannya.
Menurut sumber, pada mulanya tiada perkara pelik berlaku apabila masing-masing leka menonton tayangan filem berkenaan namun tiba-tiba mangsa terkejut apabila tiba-tiba lelaki berusia 20-an terbabit memegang tangannya.
“Dia menepis tangan suspek dan lelaki itu tidak mengulangi perkara terbabit.
“Dia menepis tangan suspek dan lelaki itu tidak mengulangi perkara terbabit.
“Namun tidak lama kemudian suspek sekali lagi mengambil kesempatan, malah pada kali ini lebih berani apabila dia mencium pipi mangsa sebelum meraba tubuh temannya itu,” katanya.
Sumber itu berkata, mangsa memarahinya dan menegur perbuatan terbabit namun tidak diendahkan sebaliknya suspek meraba mangsa.
“Tidak tahan diperlakukan sedemikian rupa, mangsa nekad keluar dari panggung wayang berkenaan sebelum diikuti suspek yang memujuknya dan berjanji tidak akan melakukan perkara itu serta memohon maaf.
“Percaya dengan kata-kata teman lelaki itu, mangsa memaafkan perbuatannya dan meminta lelaki itu menghantarnya pulang ke rumahnya di Kajang,”katanya.
Menurutnya, ketika mangsa ingin masuk ke dalam rumah, tiba-tiba suspek memeluknya dari belakang dengan kuat dan menciumnya menyebabkan mangsa yang terkejut meronta dan Berjaya melepaskan diri.
“Mangsa yang ketakutan masuk dan mengunci pintu. Suspek pada mulanya tidak beredar dan menghubungi mangsa menggunakan telefon bimbit serta menghantar SMS meminta dia keluar berjumpa dengannya,”katanya.
Mangsa membuat laporan di Balai Polis Kajang sebelum kes itu dirujuk semula ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang.
Sumber : Hmetro
p/s : Gejala anak luar nikah makin bertambah semakin hari. Ada bayi yang dibuang ke tong sampah, di lubang tandas dan ditanam hidup-hidup. Tidak kisahlah sama ada seorang perempuan itu perasan atau tidak, fitrah mendalam seorang lelaki terhadap tubuh badan wanita tidak akan berubah dari zaman nabi Adam sehinggalah sekarang.
Bagi sesetengah kes, kita mungkin melihat seorang lelaki itu baik, alim, tidak mencuri dan baik dalam berbahasa. Yaa..kerana mencuri itu bukannya fitrah, merokok juga bukan fitrah, tetapi keinginan terhadap wanita adalah fitrah luar biasa seorang lelaki yang sudah tertanam dari kecil cuma tunggu untuk bercambah sahaja. Sewaktu aku masuk matrik dulu, telah terjadi kes yang tak terfikir, macam mana seorang bilal surau boleh berzina dengan teman sekuliahnya. Mungkin seorang perempuan itu menganggap tubuh badan mereka biasa sahaja, tetapi tidak bagi seorang lelaki.
Panduan didikan Islam sangat cantik dan tidak terdapat pada mana-mana agama lain. Contohnya mengasingkan tempat tidur adik-beradik sekeluarga antara lelaki dan perempuan apabila hampir baligh. Menutup aurat pula biarlah labuh. Mungkin sesetengah amalan ini sukar dilakukan kerana kurangnya penghayatan tetapi niat untuk berubah perlu diterus dan ditingkatkan.
Setiap peraturan Allah sukar diketahui hikmahnya. Pernah ada seorang awek india tanya aku, apasal perempuan islam kena tutup aurat? Jawapan aku mudah je.. kalau you dah Islam, Tuhan dah bagi arahan, ikut je la kalau nak selamat. Haha..senang jawab nampak. Samalah macam jawapan Brother Lim a.k.a mualaf cina islam, ada orang cina yang bertanya beliau. Apasal orang islam tak makan babi? Kita memang dah tau yang kandungan daging babi tak elok dimakan tetapi beliau tetap menjawab, ‘kalau you dah Islam, Tuhan dah bagi arahan, ikut je la ’. Ermm..
Tak salah untuk bercinta..tak perlu menunggu sehingga habis belajar Ijazah baru hendak bercinta. Bercintalah ketika bila diri sudah matang atau mature la katakan.. barulah maruah tidak mudah tergadai.. Mengharapkan seorang lelaki yang gatal untuk berubah adalah sukar. Sekian.
Tak salah untuk bercinta..tak perlu menunggu sehingga habis belajar Ijazah baru hendak bercinta. Bercintalah ketika bila diri sudah matang atau mature la katakan.. barulah maruah tidak mudah tergadai.. Mengharapkan seorang lelaki yang gatal untuk berubah adalah sukar. Sekian.
Tu la gaya betina jalang. Ko dh bg isyarat baik punyer pd jntn tu yg ko ni blh dmakan idup2. pastu blgak suci plk. Mane ade pompuan baik2 ikut jntn bdua-duaan. Lain kali bawak abg/adik lelaki/ayah ko same. Bengong punyer betina bodoh!!!
ReplyDeleteVINTAGE STRIKE & VINTAGE STRIKE & VINTAGE STRIKE & VINTAGE
ReplyDeleteTABLES OF VINTAGE STRIKE & titanium dioxide VINTAGE STRIKE & VINTAGE STRIKE & VINTAGE samsung titanium watch STRIKE & VINTAGE STRIKE titanium earrings for sensitive ears & VINTAGE micro touch hair trimmer STRIKE & VINTAGE titanium pry bar STRIKE & VINTAGE STRIKE &