Wednesday, May 30, 2012

Cara meletakkan Profile Badge Facebook di dalam blog

Kebanyakan blog yang saya lawati kurang memaparkan lencana profile Facebook masing-masing. Cipta lencana profile Facebook  untuk berkongsi maklumat profile di dalam blog. Lencana profile membolehkan pembaca blog anda berhubung dengan mudah dan menambah anda sebagai rakan.

1) Sila log in ke Facebook melalui link :  http://www.facebook.com/badges/profile.php

2) Pilih item yang ingin dipaparkan..


3) Profile Badge akan dipaparkan di bahagian sidebar..mudah kan.. 

Wednesday, March 21, 2012

Koleksi Cerita Lawak Islam 1


1)  Seorang lelaki sedang berjalan kaki di bandaraya New York. Tiba-tiba dia ternampak seorang anak gadis yang telah diserang oleh seekor anjing jalanan. Dia berlari dan mula berlawan dengan anjing tersebut .Dia telah berjaya membunuh anjing dan menyelamatkan nyawa gadis itu
   
    Seorang anggota polis yang telah melihat adegan tersebut berkata: "Kamu adalah seorang wira, esok kamu boleh membaca di dalam semua suratkhabar: "Pemuda New York menyelamatkan nyawa seorang gadis kecil "
   
    Lelaki itu berkata," Tetapi saya bukan seorang New York
  
   "Oh, maka ia akan berkata dalam akhbar-akhbar di pagi hari, 'Pemuda Amerika menyelamatkan hidup seorang gadis!"

    "Tetapi saya bukan seorang rakyat Amerika" kata lelaki itu.
 
    "Oh, habis tu? " Lelaki itu berkata, "Saya seorang Saudi" 
  
   Pada keesokan harinya akhbar berkata,"Pelampau Islam membunuh anjing Amerika yang tidak bersalah".

                     ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ 
 
2)  Di sini terdapat kisah seorang Imam yang bangun selepas solat Jumaat dan mengumumkan kepada orang ramai, "saya ada berita baik dan berita buruk." 

    "Berita baik, kami mempunyai wang yang cukup untuk membayar untuk program bangunan baru kami. Berita buruk, ia masih berada di luar sana dalam poket anda."

                    ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

3)  Seorang Imam mengejutkan masyarakat apabila beliau mengumumkan bahawa beliau akan meletak jawatan dari Masjid tersebut dan akan berpindah. Selepas sesi itu, seorang wanita yang sangat kebingungan berjalan ke arah Imam. Sambil mengesatkan air matanya lalu berkata, "Oh, Imam, kita tidak mahu anda pergi!"
     
     Dengan berat hati, Imam itu berkata "Sekarang kakak jangan susah hati. Imam lain yang akan mengambil tempat saya mungkin lebih baik daripada saya kelak".

    "Ya", kata beliau, dengan nada kecewa dalam suaranya, "Itulah apa yang mereka berkata kali terakhir juga ..."
  
                    ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~  
 
4)  Insiden benar : Semasa Khutbah Jumaat di sebuah bandar kecil, Imam bercakap tentang kepentingan mengatakan "Insya Allah" (yang bermaksud jika Allah kehendaki) apabila merancang untuk melakukan sesuatu pada masa akan datang. 

     Selepas beberapa hari, seorang lelaki bernama Amir yang juga telah menghadiri Khutbah, ingin membeli lembu di pasaran. Semasa dalam perjalanan, beliau bertemu dengan seorang rakannya, Ahmad bertanya ke mana beliau akan pergi. Beliau berkata akan pergi membeli seekor lembu tetapi tidak berkata Insya-Allah pada akhirnya ayatnya. Ahmad mengingatkan Amir tentang Khutbah dan memberitahunya untuk mengucapkan Insya-Allah. Walau bagaimanapun, Amir berkata bahawa beliau mempunyai cukup wang dan tenaga untuk pergi ke pasar, oleh itu, tidak perlu mengucapkan Insya-Allah kerana dia pasti akan membeli lembu tersebut. Amir berfikir bahawa berkata Insya-Allah tidak akan membuat apa-apa perbezaan.

      Apabila sampai di pasar, beliau terjumpa lembu yang diigininya. Beliau tawar menawar dengan penjual untuk mendapatkan harga yang berpatutan. Akhirnya, dia memutuskan untuk membayar lembu tersebut tetapi ternganga apabila beliau mendapati bahawa wangnya telah hilang. Rupa-rupanya pencuri telah mencuri wang itu ketika dia berjalan melalui pasar yang sibuk. Penjual lembu bertanya sama ada beliau akan membeli lembu tersebut atau tidak. "Insya-Allah, saya akan membeli pada minggu depan,"katanya. 

      Apabila dia sampai ke rumah, isterinya bertanya tentang lembu. Beliau memberitahu bagaimana beliau terlupa berkata Insya-Allah, dan juga menambah, "Insya-Allah, saya mahu membeli lembu. Tetapi Insya-Allah, wang saya telah dicuri. Insya-Allah, saya akan membeli seekor lembu pada minggu hadapan." Isterinya menjelaskan kepadanya bahawa kita harus berkata Insya-Allah bagi perkara-perkara yang belum berlaku, bukan untuk perkara-perkara yang telah berlaku. Semenjak itu, Amir tidak pernah lupa untuk mengucapkan "Insya-Allah".

Sunday, March 11, 2012

Unlock usb Modem 3G Huawei Anda untuk tukar line broadband

Sekiranya anda telah mempunyai usb 3G modem dan ingin menukar telco Broadband, tidak perlu membeli lagi usb 3G modem telco yang lain, cukup sekadar melanggan plan yang dikehendaki. Anda hanya perlu mengUnlock usb 3g Modem lama anda :

1) Download kan perisian Huawei Modem Code Writter

2) Cucuk usb 3G Modem anda, dan buka perisian Huawei Modem Code Writter
 
3) Kemudian, dapatkan Unlock Code usb 3G Modem melalui no IMEI anda di website A-ZGMS.com

  
Siap..!! mudah kan.. Sekarang sudah boleh guna telco broadband lain..


 

Tuesday, February 21, 2012

Belum seru untuk bertudung.. Ehh??

     Pagi tadi singgah la kejap nak beli sarapan pagi sebelum pergi kerja, jalan punya jalan tengok la sekejap tajuk Newspaper hari nie.. haa.. Harian Metro..Cam best je nie.. Tiba-tiba, terpampang pulak tajuk nii......"Belum seru untuk bertudung". Artisnya tut..


Tak cam pulak aku...

" DI USIA 44 tahun, dia masih lagi mengancam laksana anak dara sunti. Mahu tidak mahu, perlu bagi Ziana untuk kekal cantik kerana itulah bayaran apabila bergelar artis."

“Kalau ikutkan seksa sebenarnya hendak kena jaga makan dan keluar rumah terpaksa bersolek, tetapi artis memang perlu menjaga penampilan serta menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat.

“Penghijrahan manusia Allah s.w.t berikan kepada setiap makhluk-Nya dengan cara berbeza. Ada orang berubah daripada segi penampilan tetapi hati tidak. Ada pula yang berhijrah dengan membersihkan hati serta menjaga pertuturan, tetapi seru untuk berhijab belum tiba.

“Saya pasti suatu hari saya akan melakukan hal (bertudung) yang sama, tinggal lagi masa saja akan menentukan. Sebagai seorang Muslim, Insya-Allah jika diberi kesempatan suatu hari saya ingin menunaikan fardu haji.

“Masa itu memang tidak boleh buka-buka lagi dah kerana apabila ke sana kita membuat perjanjian dengan Yang Maha Esa untuk berubah dan bertaubat, jadi kita perlu pegang pada janji.

“Apapun, saya kagum dengan adik-adik yang memperoleh seru di usia yang muda dan berharap mereka ikhlas dan terus kekal begitu. Sesetengah orang sudah elok bertudung, bila rasa jemu dibukanya tudung.

“Tidak manislah begitu seolah persendakan agama pula dan inilah yang saya bimbangkan sebenarnya. Bila keputusan ini kita buat seikhlas hati tanpa pengaruh atau desakan mana-mana pihak, insya-Allah perubahan yang dilakukan itu adalah terbaik kerana ia datang dari lubuk hati yang murni,” kata ibu kepada empat orang cahaya mata itu.  


p/s : Minat minat juga. Tapi terkedu gak aku dengan tajuk harini. Tiada sensitiviti umat Islam ke ayat macam ni. Ada pandangan..??

Cara Menghilangkan Border Gambar dalam Posting


1) Design > Edit HTML
2) Cari kode berikut ( tekan Ctrl + F ) : taip "post img"

    Tukarkan 4px > 0px
3) Save templete. Siap

Jurang Usia Bukan Halangan Perkahwinan

  Sewaktu remaja dahulu, aku selalu tertanya-tanya. Apa maksud sebenar perkahwinan ni? Adakah cuma kerana Cinta? Nafsu? atau berkahwin ...