Tanpa ku sedari, air mata aku mengalir,
Terdengar ayat suci, seruan ke atas Ilahi,
Bertapa duka rasanya, daku berada di penghujungnya,
Di bulan mulia, … Ya Ramadhann…
Walau makin jauh rasanya, namun tak dapat ku lupa,
Doa ku sepanjang masa, agar ku bahagia,
Ku doa pohon pada-Mu, Ya Allah Ya Tuhanku,
Agar tercapai citaku, kukuhkan imanku….
Duhai Rejab, duhai Syaaban, kini saudara mu Ramadhan semakin berlalu. Biarpun banyak manusia yang bergembira untuk menyambut Syawal, tetapi tidak aku. Dengan kedatangan bulan Ramadhan lah banyak mentarbiah aku mengenal tujuan untuk apa aku hidup. Tidak pasti sama ada aku masih hidup pada tahun hadapan kelak. Semoga Allah pertemukan aku kembali dengan engkau ya Ramadhan, insya-Allah...
Dalam bulan Ramadhan ni sajalah yang mampu penuhkan masjid-masjid, bacaan Al-Quran dan ceramah agama. Tidak semena-mena manusia sanggup lupakan kepenatan, hal kerja semata-mata untuk mengejar pahala dan ganjaran daripada Allah. Sedangkan esok hari masih banyak urusan, namun masih lagi mampu ke masjid biarpun 8 rakaat.. Alhamdulillah.. Beruntunglah orang-orang yang celik agama dan amat rugilah bagi yang masih buta. Allah akan memberikan khabar gembira kepadamu ketika hampir ajal serta di akhirat kelak.
Sedikit perkongsian tulisan Habib Ahmad berkenaan Ramadhan :
Bagi para salafush shalih, setiap kali bulan Ramadhan pergi meninggalkan mereka, mereka selalu menitiskan air mata. Di lisan mereka terucap sebuah doa yang merupakan ungkapan kerinduan supaya Ramadhan kembali datang kepada mereka.
Orang-orang zaman dahulu, apabila berlalunya Ramadhan hati mereka menjadi sedih. Maka, tidak hairan lah bila pada malam-malam terakhir Ramadhan, pada masa Rasulullah SAW, Masjid Nabawi penuh sesak dengan orang-orang yang beri’tikaf. Dan ketika i’tikafnya, mereka terkadang menangis teresak-esak, kerana Ramadhan akan segera berlalu meninggalkan mereka.
Ada satu riwayat yang mengisahkan bahawa kesedihan ini tidak saja di alami manusia, tapi juga para malaikat dan makhluk-makhluk Allah lainnya.
Dari Jabir RA, Rasulullah SAW bersabda, “Di malam terakhir Ramadhan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dan para malaikat, kerana akan berlalunya Ramadhan, dan juga keistimewaannya. Ini merupakan musibah bagi umatku.”
Kemudian ada seorang sahabat bertanya, “Apakah musibah itu, ya Rasulullah?”
“Dalam bulan itu segala doa mustajab, sedekah makbul, segala kebajikan digandakan pahalanya, dan siksaan kubur terkecuali, maka apakah musibah yang terlebih besar apabila semuanya itu sudah berlalu?”
Ketika mereka memasuki detik-detik akhir penghujung Ramadhan, air mata mereka menitis. Hati mereka sedih.
Betapa tidak. Bulan yang penuh keberkahan dan keredhaan Allah itu akan segera pergi meninggalkan mereka. Bulan ketika orang-orang berpuasa dan menghidupkan malam-malamnya dengan ibadah. Bulan yang Allah bukakan pintu-pintu surga, ditutup pintu-pintu neraka, dan dibelenggunya syaitan. Bulan yang awalnya adalah rahmat, pertengahannya ampunan, dan akhirnya pembebasan dari api neraka. Bulan ketika nafas-nafas orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada minyak kasturi. Bulan ketika Allah setiap malamnya membebaskan ratusan ribu orang yang harus masuk neraka. Bulan ketika Allah menjadikannya sebagai penghubung antara orang-orang berdosa yang bertaubat dan Allah Ta’ala.
Mereka menangis kerana merasa belum banyak mengambil manfaat dari Ramadhan. Mereka sedih kerana bimbang amalan-amalan mereka tidak diterima dan dosa-dosa mereka belum dihapuskan. Mereka berduka kerana boleh jadi mereka tidak akan bertemu lagi bulan Ramadhan yang akan datang.
Hijjaz - Nasihat Ramadhan
Bulan Ramadhan bulan bertuah
Bulan ibadah bulan mujahadah
Bulan rahmat bulan maghfirah
Bulan al-Quran dan lailatulqadar
Besar Ramadhan dengan puasa
Diwaktu malamnya tambahkan ibadah
Bacalah al-Quran banyakkanlah sedekah
Terawikh kerjakanlah walaupun sunat
Pelihara mata jagalah telinga
Kawallah lidah dari yang sia-sia
Fikirkanlah yang mendatangkan faedah
Hubungkan hatimu dengan Allah
Zikir selawat doa panjatkan
Pahala Ramadhan diganda-gandakan
Jangan lupakan jangan lalaikan
Ramadhan tiba setahun sekali
Bulan Ramadhan bayarlah fitrah
Untuk membersihkan hati dan diri
Sebagai bantuan kepada yang susah
Agar mereka gembira di hari raya
Allahu ya Allah
Kepada Mu kami beriman
Kerana Mu kami berpuasa
Di bulan ini bulan yang mulia
Kami mohon rahmat ya Allah
Keampunan Mu wahai Tuhan
Banyakkan i’tikaf disepuluh hari terakhir
Lailatulqadar berlaku di malam itu
Kitakan mendapat pahala yang besar
Seperti beribadah seribu bulan
Tidak kiralah sama ada kita dilahirkan melalui kehidupan yang senang atau susah, ia hanyalah suatu ujian. Tidak bermakna yang kaya itu Allah sayang manakala yang miskin itu Allah benci.
Hidup ini ibarat benih tumbuhan yang Allah bagi kepada kita untuk ditanam, disemai dan diperoleh hasilnya bergantung kepada kehendak kita iaitu manusia. Mungkin ada di antara kita yang memperoleh benih tumbuhan yang elok atau tidak berkualiti untuk di tanam. Meskipun tidak mendapat benih bermutu, manusia yang cemerlang akan lebih banyak mengkaji, bagaimana untuk mengkacukkan baka tersebut untuk memperoleh hasil yang berkualiti berdasarkan panduan yang telah di berikan. Tetapi itu bukan persoalannya, persoalannya sekarang adakah kita mampu mengikuti segala keseluruhan panduan teknik untuk menanam benih tersebut sehingga memperoleh hasil yang baik.
Panduan yang dimaksudkan itu adalah Al-Quran dan As-Sunnah. Semoga Ramadhan kali ini membawa sejuta makna kepada kita dan tidak terkecuali yang akan datang. Wallallhualam..
No comments:
Post a Comment