Thursday, August 16, 2012

Perlaburan Pertanian Halia Green Agro World Ogos 2012

Tarikh tutup penyertaan berakhir pada 30 Ogos 2012. Sesiapa yang berminat boleh la melayari website serta menelefon pihak syarikat terbabit seperti yang tertera pada iklan dibawah. Terpulang lah sama ada hendak percaya atau tidak. Yang penting, perlu ada modal RM 3000 serta membuka akaun Agro Bank terlebih dahulu.


Sumber : Utusan Malaysia

Tuah Marina Dalam Pertanian

Mungkin ramai pengusaha pertanian atau usahawan yang pernah melalui saat getir. Jatuh dan bangkit semula sama ada dalam bidang perniagaan yang sama atau berjaya selepas beralih ke bidang lain.

Itu pun selepas lama menceburkan diri, gagal dan selepas mencapai usia tertentu. Kadangkala datang perasaan putus asa lantas mengambil keputusan untuk berundur.

Namun, tuah mungkin menyebelahi Dewi Marina Nasir, 27, yang mencuba banyak cabang perniagaan tetapi tidak begitu berjaya pada awalnya. Tetapi berkat ketabahan dan kegigihan, beliau akhirnya boleh menarik nafas lega.

Beliau yang mesra dipanggil Marina menceburkan diri dalam perniagaan kecantikan pada awalnya meskipun memiliki kelayakan akademik dalam pengurusan pelancongan.

Mengimbau kembali saat menceburkan diri dalam perniagaan, Marina, anak kelahiran Johor itu memberitahu beliau pernah bekerja sebagai penyelaras pelancongan bermula tahun 2003.

Minatnya dalam perniagaan muncul selepas bekerja dalam industri tersebut dan mula mencongak bidang yang dapat menambat jiwanya.

Semangat yang sudah berputik itu tidak dipersiakan. Lantas dalam usia yang begitu muda dia membuka salun kecantikan pada 2005.

Beroperasi selama tiga tahun iaitu sehingga 2008, meskipun salun berkenaan menunjukkan tanda-tanda untuk berkembang, Marina bagaimanapun melihat peluang lain yang dirasakan mendatangkan pulangan lebih baik .

"Cabarannya besar tetapi saya rasakan sesuatu yang lebih baik. Selepas terbaca iklan dalam sebuah akhbar berkaitan kursus penanaman cili saya menyertainya," ungkap Marina.

Berkongsi lebih lanjut pada pertemuan itu yang turut ditemani suaminya, Mohamed Firdaus Mokhtar, 27, Marina berkata, dia tidak mempunyai sebarang pengetahuan asas dan pengalaman dalam bidang pertanian.

"Saya redah sahaja, tapi saya yakin. Pertanian moden bukan lagi menggunakan cangkul," katanya ketika ditemui di ladangnya di Sijangkang Selangor.

Kerana berasakan diri daif dalam pertanian, dia mendapatkan bantuan lanjut daripada Insitut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mengenai penanaman cili khususnya teknologi fertigasi.

Teknologi penanaman fertigasi merujuk kepada kaedah yang menggunakan sistem pengairan dan pembajaan serentak yang disalurkan terus kepada pokok menggunakan paip khas.

Baja dicampur dengan air dalam satu tangki khas pada kadar yang telah ditetapkan dan disalurkan mengikut keperluan pokok.

Selepas memperoleh maklumat tambahan dan memahami serba sedikit teknologi penanaman cili, Marina tidak menoleh ke belakang lagi.

Selepas menjual salunnya, dia sudah mula mengumpul modal hasil jualan tersebut dan mendapatkan sumber lain hasil simpanan peribadi dan meminjam daripada keluarga serta saudara mara.

Hasilnya, sebanyak RM70,000 berjaya dikumpulkan. Bagi memulakan usaha beliau menubuhkan syarikat Green Agro World yang beribu pejabat di Klang Selangor.

Selain menjadi penggerak kepada projek penanaman cili, syarikat terbabit juga membekal dan menjual hasil pertanian dan penternakan, menjual peralatan pertanian serta menjual, memborong dan mengedar produk industri kecil dan sederhana (IKS).

Selaku Pengarah Projek, Marina berperanan penting bagi memastikan cita-citanya untuk maju dalam bidang perniagaan tercapai, apatah lagi pertanian merupakan bidang baru baginya,

Suaminya pula memberi tumpuan menyediakan kelengkapan infrastruktur dan logistik selain membantu Marina mencari pasaran.

"Saya bermula di Jalan Tanjung (Sijangkang) dengan menyewa tanah pada peringkat awal dengan dibantu tiga orang pekerja berkeluasan satu hektar atau dengan kapasiti 4,000 pokok cili.

"Tidak lama selepas itu, tiga hektar lagi dibuka dengan kapasiti 12,000 pokok di Jalan Mawar," ujar nya.

Sehingga kini dia mempunyai 24 hektar kawasan penanaman cili fertigasi baka kulai di sekitar Sijangkang dengan 10 hektar mengandungi 4,000 pokok cili manakala 14 hektar lagi ditanam 5,000 pokok cili sehektar.

Marina bertuah kerana dia mendapat bimbingan pakar penanaman cili secara fertigasi dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr. Mahamud Shahid.

Kata Marina, meskipun dia mendapat bimbingan dalam penanaman cili menggunakan struktur pelindung hujan (SPH), dia tidak mengaplikasikan sistem SPH bagi mengurangkan kos pembangunan.

Marina juga mendapatkan bimbingan daripada Agrobank dalam aspek pengurusan selain mendapatkan pinjaman RM50,000 daripada bank terbabit menerusi skim mikrokredit pada 2009.

Kini dia mampu mengeluarkan antara 700 kilogram cili sehari dan bercadang meningkatkan pengeluaran kepada 26 tan sebulan pada hujung tahun ini.

Setiap pokok cili yang ditanam pula mampu mengeluarkan 120 buah cili atau empat kilogram semusim.

Beliau banyak memasarkan cili ke pasar borong dan bagi mengekalkan pengeluran agar lebih stabil penanaman dilakukan secara berjadual supaya pengeluaran sentiasa ada.

Dalam pada itu, bagi meminimumkan kos operasi, Marina mengggunakan pendekatan kitar semula cocoa peat sebagai medium penanaman.

Sabut kelapa yang telah digunakan, dikitar semula sebagai medium penanaman untuk musim seterusnya selepas proses rawatan yang teliti.

Untuk tujuan itu, syarikatnya telah membeli tiga mesin yang boleh mengitar semula sehingga 100 polibeg sehari.

p/s : Meskipun tiada kaitan, tujuan saya pos artikel ini cumalah sebagai perangsang dan untuk menaikkan semangat usahawan di kalangan orang melayu. Jika terdapat kesalahan ataupun penipuan seperti kes-kes perkongsian perniagaan sebelum ini, itu adalah hak anda untuk mengambil tindakan. Semoga perbincangan yang berhemah dapat dilakukan demi kebaikan bersama. Adalah lebih baik Pn. Marina menyediakan saluran alternatif untuk perbincangan di kalangan peserta contohnya seperti Facebook untuk mengelakkan salah faham. Sekian.

Antara medium perbincangan yang mungkin baru dibuat dan saya terjumpa. Just klik pd tajuk :

http://gusta.biz/v3/                               -   Website Green Agro World

http://gustaventure.blogspot.com/      -    Blog perbincangan permasalahan

https://www.facebook.com/pnmarina.nasir/    -   Facebook Pn. Marina Nasir

https://www.facebook.com/pages/Green-agro-world/108609085970869 - Luahan masalah

The Best thing for the Police in Malaysia



Wednesday, August 15, 2012

Tips Sebelum Memulakan Perjalanan Jauh dengan Kereta

Di sini merupakan panduan ringkas penjagaan kereta sebelum perjalanan yang jauh. Kalau nak baca seperenggan-seperenggan memang haku pun pening. So, ringkasannya..



Tuesday, August 14, 2012

Susulan Monorail Tersangkut : Terlebih Bebanan??

KUALA LUMPUR, 14 Ogos : Kejadian monorel rosak dan tersangkut di landasan di Brickfields pada Sabtu lepas mungkin berpunca daripada bebanan berlebihan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Khirudin Drahman berkata, ini kerana pihaknya mendapati sistem brek tidak dapat dilepaskan sekalipun selepas menggunakan alat membebaskan brek di dalam monorel serta melalui alat kawalan jauh di stesen kawalan. “Brek yang mencengkam hanya dapat dilepaskan selepas kami mendapatkan bantuan daripada pasukan mekanikal daripada Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) selaku penyedia perkhidmatan,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam. 
Beliau berkata, beban berlebihan mungkin punca enjin monorel itu berhenti secara tiba-tiba dan sistem brek mencengkam dengan mengejut.

Sehubungan itu, beliau menyarankan agar Prasana melihat semula Prosedur Operasi Standard (SOP) perkhidmatan monorel bagi mengelak kejadian berulang.

Dalam kejadian 2.18 petang Sabtu lalu, 183 penumpang diselamatkan pasukan bomba dan penyelamat selepas monorel yang dinaiki rosak dan tersangkut di atas landasan di Brickfields, sejurus keluar dari stesen itu menuju ke stesen Maharajalela. Tiga daripada penumpang dimasukkan ke hospital kerana pengsan dan sesak nafas.

 Sementara itu, Pengurus Hal Ehwal Media Prasarana, Azhar Ghazali menafikan lebihan muatan punca monorel tersebut berhenti.

Ini kerana, katanya, ketika kejadian hanya terdapat 183 penumpang berbanding kapasiti sebenar 214 orang untuk satu perjalanan.

Azhar berkata, siasatan awal pihaknya juga mendapati kejadian berlaku disebabkan monorel kehilangan kuasa tarikan (traction power) yang mengakibatkan enjin berhenti secara automatik. - Bernama





























Terdahulu : -

KUALA LUMPUR, 12 Ogos -- Kira-kira 183 penumpang berdepan detik mencemaskan apabila monorel yang dinaiki rosak dan tersangkut di atas landasan di Brickfields hari ini.

Jurucakap bilik gerakan Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah berkata pihaknya menerima panggilan pada kira-kira 2.18 petang.

"Monorel itu tersangkut berhampiran Stesen Tun Sambanthan sejurus keluar dari stesen tersebut menuju ke Stesen seterusnya, iaitu Maharajalela," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata seramai 35 anggota bomba dan enam jentera dari Balai Bomba Hang Tuah, Taman Desa, Pantai, Sri Hartamas bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan.

"Kami menyelamatkan 63 mangsa menggunakan kren bomba dan selebihnya menggunakan kaedah 'train-to-train evacuation' untuk menolak tren terbabit ke stesen Tun Sambanthan," katanya sambil menambah operasi menyelamat tamat pada kira-kira 4 petang.

Sementara itu, Pengurus Hal Ehwal Media Syarikat Prasarana Negara Berhad Azhar Ghazali berkata kejadian berlaku pada 1.58 petang ekoran masalah 'traction Control' yang menyebabkan enjin berhenti secara automatik.

"Bagaimanapun, operasi berjalan seperti biasa pada 4.30 petang selepas operasi membaik pulih monorel selesai," katanya.

Beliau berkata seramai tiga penumpang dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur kerana seorang daripada mereka pengsan manakala dua lagi sesak nafas berikutan kejadian itu.

Sementara itu, seorang penumpang, Nur Izzah Nazihah Hasnul Bahrin, 14, dari Nilai, berkata sejurus sebelum insiden itu, tren yang bergerak seperti biasa tiba-tiba berhenti secara mengejut.

"Enjin tren berhenti secara tiba-tiba dan penghawa dingin juga tidak berfungsi," katanya.

Beberapa minit kemudian, beliau berkata semua penumpang mula cemas apabila terlihat dua orang pengsan akibat sesak nafas, selain keadaan yang panas di dalam tren itu.

"Satu jam kemudian, kami semua amat gembira apabila melihat anggota bomba tiba dan menyelamatkan semua penumpang," katanya.

Sementara itu, seorang pelancong dari England yang hanya ingin dikenali sebagai Matthew, 27, berkata keadaan di dalam tren amat sesak sebelum beliau menaikinya di Stesen Tun Sambanthan untuk ke Stesen Maharajalela.

"Ketika tren tiba-tiba berhenti masih ada penumpang yang ketawa kerana tidak menyedari apa yang sebenarnya berlaku," katanya

Saturday, August 11, 2012

Cara Menyemak Tarikh Luput Tong Gas

Kejadian kebakaran akibat tong gas bocor dan meletup sering berlaku. Malang tidak berbau tetapi kita boleh elakkan kejadian ini dengan memastikan tong gas yang dibeli selamat digunakan. Untuk memeriksa tong gas, lihat di salah satu sisi selinder gas yang mana tarikh luput akan dikodkan secara alpha-numerical, contohnya D-06.


Huruf A,B,C @ D bermaksud suku ke berapa dalam 1 tahun.
A             untuk March      ( suku pertama )
B             untuk Jun          ( suku ke-2 )
C             untuk Sept         ( suku ke-3 )
D             untuk Dec          ( suku ke-4 )

2 digit di belakanghuruf itu menunjukkan sehingga tahun berapa tong gas selamat digunakan. Jadi D-06 bermaksud tong gas itu selamat digunakan sehingga December 2006 sahaja. Langkah kecil ini boleh memastikan keselamatan jiwa tersayang.           

CCTV Rakam Hantu Budak Terbang ( VIDEO )


NOTTINGHAM, LONDON : Sepasang suami isteri di Clifton yang memasang kamera litar tertutup (CCTV) untuk menangkap penceroboh terkejut apabila ia merakam apa yang mereka percaya hantu kanak-kanak melompat di atas kereta mereka.

Lisa Rigley, 44, dan suami, Phil, 51, memasang kamera itu di luar kediaman mereka selepas berlaku beberapa pencerobohan terhadap kereta mereka.

Tetapi selepas menyaksikan rakaman itu mereka melihat bentuk ganjil terbang ke jalan masuk ke rumah mereka dan memanjat kereta itu.

Ia kemudian hilang sebelum muncul semula di seberang jalan.

Lisa, ibu dua anak itu berkata: “Saya sungguh terkejut. Saya melihat rakaman itu dan ia adalah imej seorang kanak-kanak yang berusia empat atau lima tahun.

‘Seorang jiran datang dan bertanya sama ada kami boleh melihat rakaman itu kerana dia kehilangan beberapa barang di depan lamannya.

“Kami melihat rakaman itu untuk melihat kemungkinan ada orang melintasi pintu pagar kami ketika kejadian curi itu dan nampak hantu itu melompat di atas kereta kami.

“Ia sungguh menyeramkan. Ia kelihatan seperti Casper the Friendly Ghost tetapi ia melompat-lompat di atas kereta kami. Ia sudah pasti hantu.” Suaminya berkata: “Saya tidak percaya pada hantu tetapi rakaman itu sungguh ganjil.”

Sumber : Hmetro

Wednesday, August 8, 2012

Membaca Majalah Mangga hukumnya HARAMM..! - Fatwa negeri Kedah Mei 2012

Hott..kah..kah..membaca Majalah Mangga dah jatuh hukum Haram oleh pihak Mufti negeri Kedaq..eh..Kedah. Megikut tarikh fatwa, jatuh pada bulan 29 Mei 2012..
 
 
 
"Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah Darul Aman telah memutuskan bahawa status majalah "Mangga" menurut syara' adalah Haram kerana mempamerkan wanita-wanita ataupun lelaki yang mendedahkan aurat dan ianya bertentangan dengan syariat.
 
Keputusan fatwa ini telah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman dan disahkan sendiri oleh Mufti Negeri Kedah Darul Aman,Dato' Paduka Syeikh Muhammad Baderudin B. Hj. Ahmad. "

Sejarah Majalah Mangga ini telah diterbitkan semenjak tahun 1995 lagi sehinggalah sekarang di bawah pengurusan Utusan Karya Sdn Bhd yang turut menerbitkan Majalah lain di antaranya seperti Majalah Al-Islam, Mastika, URTV dan lain-lain lagi. Pastinya ada yang menolak Fatwa ini dan ramai yang menyokongnya. Samalah macam hukum Haram merokok. Ada yang sokong dan ramai yang buat dek je sebab mengambil hukum Harus jika ingin terlalu merokok.
 
Nak cerita banyak pun tak guna sebab masing-masing faham kan kandungan majalah ni macam mana,  Apa-apa pun all the best semoga semakin hari syariat Islam semakin berkembang dan dihayati di Malaysia ini. So, jangan duk meroyan la ye..

Jurang Usia Bukan Halangan Perkahwinan

  Sewaktu remaja dahulu, aku selalu tertanya-tanya. Apa maksud sebenar perkahwinan ni? Adakah cuma kerana Cinta? Nafsu? atau berkahwin ...