Thursday, August 16, 2012

Perlaburan Pertanian Halia Green Agro World Ogos 2012

Tarikh tutup penyertaan berakhir pada 30 Ogos 2012. Sesiapa yang berminat boleh la melayari website serta menelefon pihak syarikat terbabit seperti yang tertera pada iklan dibawah. Terpulang lah sama ada hendak percaya atau tidak. Yang penting, perlu ada modal RM 3000 serta membuka akaun Agro Bank terlebih dahulu.


Sumber : Utusan Malaysia

Tuah Marina Dalam Pertanian

Mungkin ramai pengusaha pertanian atau usahawan yang pernah melalui saat getir. Jatuh dan bangkit semula sama ada dalam bidang perniagaan yang sama atau berjaya selepas beralih ke bidang lain.

Itu pun selepas lama menceburkan diri, gagal dan selepas mencapai usia tertentu. Kadangkala datang perasaan putus asa lantas mengambil keputusan untuk berundur.

Namun, tuah mungkin menyebelahi Dewi Marina Nasir, 27, yang mencuba banyak cabang perniagaan tetapi tidak begitu berjaya pada awalnya. Tetapi berkat ketabahan dan kegigihan, beliau akhirnya boleh menarik nafas lega.

Beliau yang mesra dipanggil Marina menceburkan diri dalam perniagaan kecantikan pada awalnya meskipun memiliki kelayakan akademik dalam pengurusan pelancongan.

Mengimbau kembali saat menceburkan diri dalam perniagaan, Marina, anak kelahiran Johor itu memberitahu beliau pernah bekerja sebagai penyelaras pelancongan bermula tahun 2003.

Minatnya dalam perniagaan muncul selepas bekerja dalam industri tersebut dan mula mencongak bidang yang dapat menambat jiwanya.

Semangat yang sudah berputik itu tidak dipersiakan. Lantas dalam usia yang begitu muda dia membuka salun kecantikan pada 2005.

Beroperasi selama tiga tahun iaitu sehingga 2008, meskipun salun berkenaan menunjukkan tanda-tanda untuk berkembang, Marina bagaimanapun melihat peluang lain yang dirasakan mendatangkan pulangan lebih baik .

"Cabarannya besar tetapi saya rasakan sesuatu yang lebih baik. Selepas terbaca iklan dalam sebuah akhbar berkaitan kursus penanaman cili saya menyertainya," ungkap Marina.

Berkongsi lebih lanjut pada pertemuan itu yang turut ditemani suaminya, Mohamed Firdaus Mokhtar, 27, Marina berkata, dia tidak mempunyai sebarang pengetahuan asas dan pengalaman dalam bidang pertanian.

"Saya redah sahaja, tapi saya yakin. Pertanian moden bukan lagi menggunakan cangkul," katanya ketika ditemui di ladangnya di Sijangkang Selangor.

Kerana berasakan diri daif dalam pertanian, dia mendapatkan bantuan lanjut daripada Insitut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mengenai penanaman cili khususnya teknologi fertigasi.

Teknologi penanaman fertigasi merujuk kepada kaedah yang menggunakan sistem pengairan dan pembajaan serentak yang disalurkan terus kepada pokok menggunakan paip khas.

Baja dicampur dengan air dalam satu tangki khas pada kadar yang telah ditetapkan dan disalurkan mengikut keperluan pokok.

Selepas memperoleh maklumat tambahan dan memahami serba sedikit teknologi penanaman cili, Marina tidak menoleh ke belakang lagi.

Selepas menjual salunnya, dia sudah mula mengumpul modal hasil jualan tersebut dan mendapatkan sumber lain hasil simpanan peribadi dan meminjam daripada keluarga serta saudara mara.

Hasilnya, sebanyak RM70,000 berjaya dikumpulkan. Bagi memulakan usaha beliau menubuhkan syarikat Green Agro World yang beribu pejabat di Klang Selangor.

Selain menjadi penggerak kepada projek penanaman cili, syarikat terbabit juga membekal dan menjual hasil pertanian dan penternakan, menjual peralatan pertanian serta menjual, memborong dan mengedar produk industri kecil dan sederhana (IKS).

Selaku Pengarah Projek, Marina berperanan penting bagi memastikan cita-citanya untuk maju dalam bidang perniagaan tercapai, apatah lagi pertanian merupakan bidang baru baginya,

Suaminya pula memberi tumpuan menyediakan kelengkapan infrastruktur dan logistik selain membantu Marina mencari pasaran.

"Saya bermula di Jalan Tanjung (Sijangkang) dengan menyewa tanah pada peringkat awal dengan dibantu tiga orang pekerja berkeluasan satu hektar atau dengan kapasiti 4,000 pokok cili.

"Tidak lama selepas itu, tiga hektar lagi dibuka dengan kapasiti 12,000 pokok di Jalan Mawar," ujar nya.

Sehingga kini dia mempunyai 24 hektar kawasan penanaman cili fertigasi baka kulai di sekitar Sijangkang dengan 10 hektar mengandungi 4,000 pokok cili manakala 14 hektar lagi ditanam 5,000 pokok cili sehektar.

Marina bertuah kerana dia mendapat bimbingan pakar penanaman cili secara fertigasi dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr. Mahamud Shahid.

Kata Marina, meskipun dia mendapat bimbingan dalam penanaman cili menggunakan struktur pelindung hujan (SPH), dia tidak mengaplikasikan sistem SPH bagi mengurangkan kos pembangunan.

Marina juga mendapatkan bimbingan daripada Agrobank dalam aspek pengurusan selain mendapatkan pinjaman RM50,000 daripada bank terbabit menerusi skim mikrokredit pada 2009.

Kini dia mampu mengeluarkan antara 700 kilogram cili sehari dan bercadang meningkatkan pengeluaran kepada 26 tan sebulan pada hujung tahun ini.

Setiap pokok cili yang ditanam pula mampu mengeluarkan 120 buah cili atau empat kilogram semusim.

Beliau banyak memasarkan cili ke pasar borong dan bagi mengekalkan pengeluran agar lebih stabil penanaman dilakukan secara berjadual supaya pengeluaran sentiasa ada.

Dalam pada itu, bagi meminimumkan kos operasi, Marina mengggunakan pendekatan kitar semula cocoa peat sebagai medium penanaman.

Sabut kelapa yang telah digunakan, dikitar semula sebagai medium penanaman untuk musim seterusnya selepas proses rawatan yang teliti.

Untuk tujuan itu, syarikatnya telah membeli tiga mesin yang boleh mengitar semula sehingga 100 polibeg sehari.

p/s : Meskipun tiada kaitan, tujuan saya pos artikel ini cumalah sebagai perangsang dan untuk menaikkan semangat usahawan di kalangan orang melayu. Jika terdapat kesalahan ataupun penipuan seperti kes-kes perkongsian perniagaan sebelum ini, itu adalah hak anda untuk mengambil tindakan. Semoga perbincangan yang berhemah dapat dilakukan demi kebaikan bersama. Adalah lebih baik Pn. Marina menyediakan saluran alternatif untuk perbincangan di kalangan peserta contohnya seperti Facebook untuk mengelakkan salah faham. Sekian.

Antara medium perbincangan yang mungkin baru dibuat dan saya terjumpa. Just klik pd tajuk :

http://gusta.biz/v3/                               -   Website Green Agro World

http://gustaventure.blogspot.com/      -    Blog perbincangan permasalahan

https://www.facebook.com/pnmarina.nasir/    -   Facebook Pn. Marina Nasir

https://www.facebook.com/pages/Green-agro-world/108609085970869 - Luahan masalah

158 comments:

  1. Pendapatan tak tentu.. ada bulan tak dapat.

    ReplyDelete
  2. Berhati-hati melabur dalam iklan tu kerana pendapatan bulanan masuk tidak tentu. Tak serupa laporan akhbar.

    ReplyDelete
  3. Dua bulan tak bayar.. tak tau la bulan ni.. jangan terpedaya dengan green agro world.

    ReplyDelete
  4. Apsal tak dapat? Apa alasan diaorang?

    ReplyDelete
  5. perlarasan ni la tu la... tiap kali pon kata minggu ni... tp minggu minggu dah bln ni .. x dpt pula

    ReplyDelete
  6. Apakah tindakan yang diambil oleh pihak pelabur terlibat yang tidak menerima pulangan bulanan sepertimana yang dijanjikan oleh syarikat?

    ReplyDelete
  7. Ari tu byk bising kat forum tu, ada yg lapor polis & tribunal. Lps tu, syrt padam forum tu. Karang x da saluran utk kumpul & ambik tindakan. Arap yg nak labur ni pikir 2 kali dulu.

    ReplyDelete
  8. Saya juga peserta pakej cili, halia, timun dan ulam. Semua x dapat payment sejak July...alasan buat pelarasan. Bayaran kononnya akan start balik November...so far semua blum ada. Saya dah dpt payment utk beberapa bulan pertama sampai july 2012 je.

    ReplyDelete
  9. Sy amat kesal dah 4 bulan tak bayar apa syztem yg agro world pakai tak habis2 dengan peyelarasan. Sms bukan main lg janji nok bayar setiap bulan tp tak ada pun. Janji lg bulan nov .ni dah nak habis bulan tak ada pun. Jangan melapur lg pada yg baru nak melabur.t

    ReplyDelete
  10. Mana duit saya marina? Zaman IT ni mana nak blh sorok2 cerita bagus2. Tk cakap pulak collect duit orng ramak buat bisness lps dah beraturs ratus ribu orng join , senyap tk bayar.jln ingat kami bodoh, kalau tk ada jugak bulan 12 ni saya akan kumpul orng ramai buat press conference pasal marina dan green agro ni. Jgn cabar ye.

    ReplyDelete
  11. http://gustaventure.blogspot.com/ blog yang disediakan untuk perbincangan Green Agro World. Disediakan oleh Pn Marina.

    ReplyDelete
  12. Silap dia jugak sbb call tk penah berangkat, sms tk reply, sekrng bila orng ramai start marah2 baru nk buat channel for discussion.

    ReplyDelete
  13. http://www.facebook.com/GreenAgroWorld?ref=stream
    http://www.facebook.com/pnmarina.nasir

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. kol mmg x penah nye angkat.... balik2 alasan buat pelarasan, tiada tunggakan kontrak dilanjutkan... ape punye kompeni ni, buat malu org melayu je....

    ReplyDelete
  16. sy merupakan peserta tanaman Halia (2 lot-RM750 sbln) sgt kesal dgn pengurusan Sykt Agro World yg tidak membuat pembayaran pada para peserta pd Ogos 2012.. Pihak syarikat spatutnya faham yg Bulan Ogos tu sambutan Hari Raya Aidilfitri, jd pserta amat memerlukan wang pd bln tersebut.. Pd Oktober 2012 juga sy nyaris tidak m'dapat bayaran, takkan pihak syarikat tak tahu yg Oktober sambutan Aidil Adha.. Bila di tanya mengenai tunggakan bulan Ogos 2012, pihak sykt menjawab pelarasan akn dibuat.. tp hingga skrg (Disember 2012) tiada pelarasan dibuat pd para pserta.. Takkan stiap bln kami perlu menelefon Pihak Sykt dan Puan Marina untuk b'tanyakan mengenai bayaran.. Info terkini yg sy dpt dr kakitangan Sykt, TIADA BAYARAN YANG AKAN DIBUAT pada bulan DISEMBER 2012 HINGGA MAC 2013.. Bulan April 2013 baru Pihak Syarikat mula membuat bayaran.. bila ditanya pd Puan Marina, HANYA MEREKA YANG LAYAK SAHAJA YANG DAPAT BAYARAN PADA DISEMBER HINGGA MAC DAN SELEPAS 30 DISEMBER 2012 AKAN DIMAKLUMKAN... TUNGGAKAN yang bulan OGOS 2012 tu pun para peserta TIDAK AKAN DAPAT kerana KONTRAK DILANJUTKAN... APA SEMUA INI...?! sikap tidak profesional Puan Marina yg tidak menjawab panggilan dan tidak membalas sms amat sy kesali..

    ReplyDelete
  17. Saya dah bg duit tapi sampai sekarang aggreement tak dapat...dah 3 bulan...Website http://gusta.biz/v3/ ni pun dah tutup...FB tak tau la tgk ke tak Si MARINA ni...
    ni kena lapur juga ngan BNM ..ambil deposit tanpa lesen...KPDNK..MCMC...

    ReplyDelete
  18. nak join tp x berani la pulak. bila dah keadaan dh ok, sila info

    ReplyDelete
  19. Sepatutnya Pn Marina tidak terlalu ghairah untuk menjanjikan pulangan bulanan, kerana ...it sounds too good to be true. Sebabnya, memang tak ada pelaburan berjaya yang lain (ASB, Unit Trust etc) yang sedemikian. Semuanya memberikan ANGGARAN peratusan minimum dan maximum, maknanya...tak menjanjikan kadar tetap pendapatan. Macam AHB (Amanah Hartanah Berhad) atau ASB contohnya, hanya beri pulangan dua kali /sekali setahun, dan laporan progress dikongsi secara terbuka di dada akhbar..pelabur jadi yakin dan bersedia dengan kemungkinan menerima antara kadar yang dijanjikan. So sekarang GAW pun dah janjikan lebih 10% setiap bulan, kalau ditukar kepada mungkin 3 bulan sekali dapat minimum 10% (atau lebih bergantung keuntungan) pun dah cukup bagus. Riba pun tak ada. Risiko pun kurang. Pelabur pun tak letak harapan TERLALU TINGGI yang kemudiannya KECEWA. Saya percaya, kalau hal2 sedemikian diterangkan secara terbuka kepada peserta/pelabur, mungkin melalui newsletter bulanan secara online atau cetak, sudah tentu keyakinan mereka terhadap GAW akan lebih.

    ReplyDelete
  20. sekarang apa citer GAW.... siapa-siapa yang boleh citer pada saya perkembangannya

    ReplyDelete
  21. Baru dpt surat dr gaw .. Peserta cili n halia dpt 1st pymnt feb ini... Saya x trmskpn sbb sya syr bbuah n kcg pjg.. Kalau sapa2 dpt tlg update ye.. Nk senangkn hati yg x berapa nk sng ni.. Harap gaw kotakn janji slepas peluang di beri..

    ReplyDelete
  22. saya dapat info hanya peserta baru saja dapat februari ini...yang lain akan dapat april ni....kenapa marina tak nampak peserta yang lama2 yang dah nak rebah agar dibayar februari juga...sedangkan kita dah tertunggak bayaran hampir 7 bulan dah....mana kebajikan yang marina katakan dia kena jaga tu

    ReplyDelete
  23. satu lagi sampai sekarang pengurusan GAW tak bagitau apa-apa info pada kitaorg sebagai pelabur.Saya juga tak pasti apa kesudahannya pada april nanti sudah-sudahnya tertangguh lagi.kalau betul pengurusan GAW kena info kita black & white la.Official sikit

    ReplyDelete
  24. Suami call tanya.. Pn yati kata semua jenis tnman bkn cili atau halia je. Kami peserta lama jga tp ni mgkn utk tnman yg br msk tp x pnh dpt pymnt. Yg lain tu bln 3 @ 4 jgk. Nti klau dpt sya update kt sini..

    ReplyDelete
  25. saya sampai sekarang tak ada apa-apa berita dari GAW.Pengurusan mereka tak pernah bagi info pada kita orang.Info mereka selama ini sentiasa berubah-ubah.payment dari bulan november ke januari dari januari ke mac dan terbaru april pula.....mereka pandai bermsin teka teki.hakikatnya kita tanggung masalah mereka senang ja buat janji akibat kesalahan mereka sendiri. siapa-siapa ada info boleh ke kongsi ke dengan saya.bila saya call GAW sama saja info mereka.untuk bulan april ni pun saya masih tak consisten mempercayainya

    ReplyDelete
  26. ape cite ni Puan Marina........?! hp da NOT IN SERVICE..... takut ke.....

    ReplyDelete
  27. SO...APA CITER SKRG DAN ADA SESIAPA ADA INFO TENTANG GAW

    ReplyDelete
  28. sy cadangkan kita semua panggil tv3 buat press conference/laporan supaya peserta2 lain tahu yg kita telah tertipu dengan iklan yang AgroWorld dah buat dlm paper. yang baru nak join tu, tahu sykt ini adalah penipu besar. sy masih belum terima hasil dari pelaburan halia.. tak dapat hasil pun takpe, janji bagi balik duit sy

    ReplyDelete
  29. semua solat hajat,moga puan marina sedar tanggungjawabnye dan preljaskan bayaran

    ReplyDelete
  30. Call segala no.. not in service atau xangkat..
    Staff kata.. xtau.. xtau.. xtau..
    Bos x msuk2 ofis dah lma..
    Dila xde, yati xde.. osman call tkot nk jwb..
    Janji bln feb nk byar utk halia.. nii dah msuk mac.. xbleh tahan lg dah nii..
    Jgn buat pelabur nii marah... Klu xmampu nk berniaga dan bg keuntungan kpd kami..
    Bg modal kami balik... 6 bulan perap duit kami utk apa.. baik kami simpan dlm AHB @ ASB @ FD..
    Jgn suka mungkir janji...

    ReplyDelete
  31. ya.. betul bayar balik aje madal kita orang...senang cerita.tak payan nak melarikan diri macam ni..sampai bila?kita orang dah lama susah dengan marina ni..staf dia pun sama diajar skrip yang sama untuk jawab pada pelabur....akhirnya fon mereka offkan.....ingat sama balasan tuhan diduniapun boleh terjadi.....bayar baliklah modal kita.....saya cukup tak percaya marina nak bayar pada april ni sbb tak ada langsung info dia...dia hilang ada la....kalau dia menipu dimana dia nak meletak tapak kakinya disudut dunia ni....

    ReplyDelete
  32. sehingga kini segala alasan dan penerangan yang dia berikan.masa yang dijanjikan hampir tiba tapi gerak hati saya sebagai pelabur sangat jauh untuk menerima bayaran kerana percayakan kata-kata manis si marina sebelum ni...so sesiapa yang membaca blog ni dan juga sebagai pelabur apa yang anda fikirkan sekarang?sesiapa yang ada info terkini tentang GAW saya mohon kita kongsi bersama dalam ruangan ini kerana boleh dikatakan saya dan mungkin pelabur yang lain2 dah terputus hubungan dengan marina dan staf2 yang setia dengannya

    ReplyDelete
  33. Ini untuk perhatian Inck Azlan Aziz,menyelesaikan issue tiada bayaran dari GAW mungkin tidak dapat diselesaikan melalui blog lagi.
    Tolong panggil saya melalui 011 1646 8570 ,saya saorang perlabur dan ada cadangan.

    ReplyDelete
  34. Saya masih menunggu pangilan daripada Incik Azlan Aziz,panggil segera numbor diatas.

    ReplyDelete
  35. salam...minta kerjasama siapa2 yg nak tuntut skali modal pelaburan boleh terus contact lawyer saya di 03-87067190 untuk maklumat lanjut..sy pn nak saman tapi lawyer advise baik saman beramai2 untuk kurangkan kos..siapa berminat contact je dia..kalau dibiarkan alamat tak dptlah ...jalal..

    ReplyDelete
  36. saya cuba hubingi no ni tapi tak dapat.nombornya nmpk mcm lain sikit.ini no fon saya 0194357386......saya dah tension dengan semua ni GAW langsung tak ada berita.saya dengar khabar opis dia pun dah nak tanggal signboardnya.entah betul ataupun tidak....hanya tunggu April saja apa citerpun

    ReplyDelete
  37. saya juga masih berharap pada april.

    tentang signboard tu pula, saya diberitahu ofis tu akan dipindahkan ke ladang. dan bisnes ni masih on. harap harap lah semua peserta akan dapat bayaran bulan april ni.

    ReplyDelete
  38. salam.. saya merupakan salah seorg peserta baru tanaman halia (daftar oktober 2012) yg sgt2 rs menyesal sbb sehingga kini xde ape2 maklumat dari AGW.. x sangka betul dlm dunia ni ade org melayu yg menipu org melayu sendiri.. sy rs baik semua peserta buat perjumpaan n ambil tindakan yg sewajarnya terhadap pn. marina..

    ReplyDelete
  39. Salam... Saya peserta baru n lama... Kwn2 tgk post trbru pn marina kt fb.. Ada maklumat baru

    ReplyDelete
  40. apa nama marina kat fb tu yer????/

    ReplyDelete
  41. ape kata kita ramai ramai buat polis report ckpa syarikat



    ReplyDelete
  42. Pn marina nasir. Npk mcm pkmbangan yg baik... Tgu je la... Insyaallah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ape yg baik tuu?
      Ke takat nk kasi sedap hati2 pelabur jerrr...

      Delete
  43. opis pun nk pindah.. apa makna nye tuu??
    GAW nk buka ofis di ladang.. apa makna nye tuu??
    call sume no apa no skali pun xdapt... apa makna nye tuu???
    Agreement xda, info pun xda.. apa makna nyerr tuu??
    Janji bayaran sekian bulan, tp xde pun bayaran.. apa makna nyerr tuu??
    Makna nyerr.. GAW nii menipu laa tuu
    ape ag pelabur2.. rasa2 nak ambil tindakan, ambil shaja.. jgn ditunggu2 lg..
    rase2nye wang pelaburan kita tuu dah habis daa...
    Seret sesemua org yg terlibat tuu.. marina ke, firdaus ke, osman ke, dila ke, yati ke.. semua skali laa..

    ReplyDelete
  44. Salam sumenye... wah makin panas ni.. sepanas bara api... saya juga peserta lama... kata dapat bayaran bulan jan 2013, tp pelarasan tunda feb 2013.. sekarang ni abuk pun tarak... hari sabtu pergi pejabatnya di klang, selangor.. signboard pun x nampak... dah lari ke depa sume ni??? jom kawan2 kita repot polis jer.... macam tengah sembunyi jer depa ni... marina, mokhtar dll d mana kamu semua??? bagi la hak kami yg dah janji tu... x halal dunia akhirat kalu buat aniaya pada org... ramai mangsa yg kamu dah tipu!!!!!

    ReplyDelete
  45. Percaya atau tidak
    Marina sudah mula active difacecebook beliau, tengok tengok lah untuk perkembangan......

    http://www.facebook.com/pnmarina.nasir

    ReplyDelete
  46. Buat jerr aduan kat polis, kat tribunal, kat SC, kat ssm, kat mahkamah, kat bomba, kat pga, kat rela, kat ngo, kat pej adun, kat timbalan menteri, kat menteri, kat sultan, kat agong.. kasi sume tau sapa marina nii, sapa green agro world nii..
    Buat malu org melayu jerrr.. buat malu org johor jerr...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye laa... Gua dah lame labur tp xdapt2 nii.. gua ngat nk take action nii...

      Delete
  47. Jommm...
    Sy nk refer lawyerr sy laa... Hrp ada solusi.

    ReplyDelete
  48. SAYA DAH TANYA TRIBUNAL, KES NI X BOLE BUAT TUNTUTAN DI TRIBUNAL,,,APA KATA KATA KITA BERPAKAT RAMAI2 BUAT ADUAN POLIS DAN BUAT ADUAN DI HARIAN METRO....KITA SEMUA HARUS BERSATU.....

    ReplyDelete
  49. saya join green agro ni pada tahun lepas dan ambil tanaman halia pada bulan november.org gagro kata byaran pertama pada bulan januari..tapi tak ada pun.lepas tu dpt surat yang pembayaran ditangguh ke bulan feb.pun tak ada jugak.call ofis byk kali juga..dpt sekali ckp dengan cik dila katanya extend lg ke bulan april pulak..tp surat penangguhan yg ni tak ada terima..dah try cl x ada org jwb.apa berlaku sebenarnya berlaku disebalik penangguhan pembayaran ni??

    ReplyDelete
  50. ada yang dah dapat bayaran keeee?

    ReplyDelete
  51. sehingga hari ini tak ada pun surat-surat atau penyata yang GAW janji nak hantar.payment apatah lagi setakat 10hb tak ada satupun payment yang masuk.fb, fon, sms langsung tak ada jawapan.Mana pengurusan GAW ni?????????????

    ReplyDelete
  52. pymt sy ptt masuk 1st week hr tuh..sampai skrg xde..pn.marina mana janji hang!! Dh lh ada agreement sy tlh dtmtkan, xkan pymt lot br pun xdpt skali?????

    ReplyDelete
  53. siapa yang dah dapat payment?....dah nak abih bulan april pun payment tak ada lagi

    ReplyDelete
  54. Lg 4 hari habis bln 4,payment lum dpt lg..ade yg da dpt ker,kol marina langsung x jwb.mari kt pakat ramai2

    ReplyDelete
  55. marina tu kalau betul-betul dia bukan penipu dia tak akan takut untuk kenjelaskan segalanya....dia cuba kaburi pelabur dengan janji2 yang ntah apa-apa.talian telefon dah out...macam ni dia dapat anugerah terbaik.bila kita kata dia nak melenting...lama mana dia boleh hidup dengan kehidupan dia macam tu....cakap bab agama pandai....segala-galanya lah....kalau dia jujur dia tonjolkan diri dia dan bayar balik duit pelabur.alasan dia projek down dia potong jumlah bulanan yang selalu dapat tu smpi skrg duit tak masuk-masuk pun.bagi saya senang cerita bayar balik modal kita sebagai pelabur sudah.kita org dah tak fikir untung lagi.saya minta dia keluar bertemu kita pelabur ni selesaikan masalah.dulu konon katanya diam bukan duduk saja...so apa skrg ni...habuk pun tak dak....keluarlah wahai marina perjelaskan segalanya dan bayarlah duit kitoaorg

    ReplyDelete
  56. Cantik kata kata Marina tulis di FB. Mcm pelabur saje yg fitnah dia.. Mcmla dia x salah langsung. Janji Apr tp sampai skrg 1 sen pun x dpt lg.. Siape fitnah siape ya...

    ReplyDelete
  57. Nasihat kpd yg bminat, baik jgn labur. Duit yg janji tu x ditepati wlpun ada kontrak. Semua tu tipu.. Lot bayan sepatutnya RM360 per lot suka-suka potong jadi RM218 skrg. Sudahla rugi, duit x dpt lg. Marina langsung x ikut kontrak. X tahu la cara dia ni mcm mana dpt anugerah.

    ReplyDelete
  58. seingat saya dari bulan jun 2012 lagi berbagai janji dia pada kita...tapi ssatupun tak tertunaikan dan yang paling geramnya dlm fb dia siap dgn gambar promotekan product dia.setakat tu ja fb dia pas tu diam membisu.talian fon opis dia pun dah bunyi semacam ja....tak pa kita tunggu tgk macam mana dulu..kalau masih sama watak dia...dia terima la apapun balasannya.

    ReplyDelete
  59. saya minta dia bayar balik modal kita.itu pun sudah cukup kita maafkan dia.saya rasa pelabur lain pun suka cadangan saya.tapi masalah dia ni langsung tak ada berita dan cerita.setiap kali dia keluar ada saja ayat dan cerita yang blh menggembirakan kita lepas tu dia hilang macam tu saja.kita dah merana kerana manusia yang macam ni....

    ReplyDelete
  60. Apa yang saya hairan bagaimana dia mendapat anugerah usahawan terbaik....si marina ni cakap tak pernah betul dah tu pula nasihatkan kita dengan kata-kata pujangga....payment yang dijanjikan pada bulan april sehingga hari ini tak masuk-masuk....untuk penjelasan kepada pelabur jauh sekali....dari bulan Jun 2012 lagi dia asyik menipu kita je....kalau dia jujur sepertimana kata-kata dia dalam fb dia...dia keluar tonjolkan diri beri penjelasan. Tak sampai kemana dia nak menyepi diri akhir-akhirnya kemana dia nak sembunyikan diri

    ReplyDelete
  61. bila kal ofis line mcm dh kena potong..kal hp, lgsg xnak sambut..voice mail pun dh penuh...apa punya marina, kita dh ckp sbr kat dia..dulu kencing kat org, skrg buat taik pulak..taik tuh nak buat baja cili agaknya...

    ReplyDelete
  62. saya minta satu pada dia supaya dia keluar beri penjelasan dan jangan sembunyikan diri.dulu katanya dia diam bukan duduk saja dia buat sesuatu untuk pelabur...so apa yang dia buat?...lagi menyakitkan hati kita pelabur ni....nampaknya duit kita bukan dia projek seperti dalam kontrak kita.duit tu dah habis ke lain..

    ReplyDelete
  63. ntahlh..kali ini apa pula alasan marina tuh...ada yg gtaw gaw dh pindah ofis, tp dia xpun announce kat fb @ kat mana2 bgtaw kat plbur ttg no tel & alamat baru...kalau xmampu nak byr, bg balik modal tuh dgn plabur hbs crita...

    ReplyDelete
  64. telefon dan fb di hanya boneka dia pada kita pelabur ni.dia tak ada ketulusan langsung.kejap dia timbul bagi penerangan lepas tu hilang.penerangan dia semuanya tak boleh pakai.staf2 dia hilang begitu sahaja setelah bagi berbagai alasan pada pelabur.kalau dia seorang yang jujur terangkan kemana duit kita dia labur.yang terakhir kontrak kita banyak yang dia batal dan potongan dia buat pada payment kita sebelum ni dengan alasan projek alami masalah.tapi duti tu hampehhhhhh tak masuk-masuk pun sampai skrg

    ReplyDelete
  65. ha'ah...bila komen kat fb bukan main lg ayat kata peserta itu ini..semua ini xkan jadi kalau dia jenis yg pegang kata2..

    ReplyDelete
  66. ....ALAMAT RUMAH MARINA-NO 63,JALAN BATU NILAM 23,BANDAR BUKIT TINGGI 2,KLANG SEL...ALAMAT KG MAK DIE-NO 26,LOT 5 JALAN MELATI 1,KG CHOKRO,SIMPANG RENGGAM

    ReplyDelete
  67. 1 mei ada angkatan berangkat ke rumahnye

    ReplyDelete
  68. sayangnya saya berada jauh, kalau tidak saya boleh bersama rombongan tersebut.saya harap rombongan tersebut boleh menyedarkan marina akan tanggungjawabnya....saya harap saya boleh mendapat info melalui blog ni selepas 1 mei nanti.semoga berjaya rombongan tersebut

    ReplyDelete
  69. Sy doakan rombongan ini berjaya dan jg tertipu dgn kata manis Marina lg. Sekurang-kurangnya dpt modal sy dah cukup bersyukur.

    ReplyDelete
  70. nak buat rombongan cik kiah ker..nak ikut blh? Hehehe

    ReplyDelete
  71. Dh lama xdpt byrn nie..kemana mghilangkn diri pn.marina..ckp bln april bskdh last bln nie penipu lbh..

    ReplyDelete
  72. aku nak balik duit aku marina oii.. ko jgn nak main2 dgn org melayu.. silap hari bulan nti ko baru tau langit tu tinggi ke rendah.. kami semua ada had utk bersabar.. tp kami bersabar ko main2.. jgn smpi aku fikir x waras lg.. bkn senang aku kumpul duit nk join projek penipu ko ni.. bagi balik modal aku marina siall!!

    ReplyDelete
  73. sy pun dh taubat, xnak caya benda2 mcm ini lg...dpt anugerah mcm2 tidak bermakna benda bgs...nak join benda ini pun sy buat loan, skrg habuk xde hutang berlambak..surat bank pun dh dtg...marina, awak mmg poyo...janji cuma tinggal janji...

    ReplyDelete
  74. Sape2 ade info tentang bayaran bln nie?macamane....

    ReplyDelete
  75. marina sudah menipu kita lagi...bangsa apa dia ni?.....payment tak masuk-masuk.Saya dah kata dulu lagi dia dah guna duit kita pelabur ni pada diri dia sendiri

    ReplyDelete
  76. sebenarnya dia ni dah tak boleh dibiarkan begitu saja....sesiapa pelabur yang berada dekat dengannya tangkap je dia ni.semakin melampau si marina ni.boleh dia hidup dengan menipu orang.orang macam ni tak kenal dah halal haramnya...cakap saja pandai.suruh dia serah anugerah dia balik pada kerajaan.buang masa saja orang macam ni

    ReplyDelete
  77. Yg peliknya, ni projek krjn tp knp tiada tindakan ya.. MARDI x tanyakah apa hal pelabur mengamuk?

    ReplyDelete
  78. try kal kat tmn botanic tuh pun xdpt....mcm haram je....skrg mmg dh xde sabar kat marina dh....

    ReplyDelete
  79. Dlm web gusta.biz bhgian makluman ada alamat n no tel br pej, mla operasi 2 mei... Jom kta serbu.. Alamat rmh pn dh ada.. Hr tu kwn pg rmh dpt jpa bibik je..

    ReplyDelete
  80. Br blk tgk ofis br. Ofis wujud. S.board blm ada, ofis tgh set up, brg 2 ada dpn ofis. Ada 2 lori 5 tan dpn ofis. Ptu ofis bkk skt je.. Ada pkja dlm ofis

    ReplyDelete
  81. Ada ape ape info bg rombongan hari ni. Marina tu sempat jumpa ke? Atau sembunyi kat mana?

    ReplyDelete
  82. ha'ah sy pun nak info..maklum lh jauh..

    ReplyDelete
  83. kepada semua pelabur! saya juga seorang pelabur...selepas ni kita jangan percaya lagi kata-kata si Marina ni. dia lebih cenderung menyelamatkan diri dia dari memberi penjelasan kepada kita.Sehingga kini payment tak masukpun.Seingat saya dah berkali-kali dia permainkan kita.Kita dah tanggung segala-galanya...kalau dia jujur dia panggil kita semua ke satu tempat buat penjelasan ataupun dia kembalikan semua deposit kita.Kenapa perlu pulangkan deposit kita?....sebabnya kebanyakan dia dah telah membatalkan kontrak kita yang lalu.Jadi apa yang kawan-kawan pelabur yang lain fikirkan?

    ReplyDelete
  84. mengapa istilah kerugian ditimpakan kepada rakan tani sedangkan rakan tani tidak pernah bersetuju dengan kilang sos, jeruk cili, pembelian kedai, opis, renovate, honda, lexus dll. rakan tani bersetuju dgn tanam-tanaman sahaja ikut perjanjian. tapi kerugian dianggap tanggungan bersama. kalaulah peguam yg sain perjanjian memihak kpd rakan tani, dpt deposit semula pun dpt byr utang. baki byr sikit2. sabo leeeee

    ReplyDelete
  85. itulah pengusaha yang mendapat anugerah terbaik dalam negeri dan juga luar negeri.sejauh mana dia nak berdiam diri macam tu.duit orang bebbbbb....bukan boleh di buat main-main...jualkan semua harta yang ada bayar balik duit pelabur supaya bila ajal menjelma mata dapat ditutup dengan rapat.dosa tak bertambah-tambah.saya berkata macam ni sebab dalam fb dia....dia banyak menasihati kita dengan kata-kata ilmiah dia yang dia sendiri tak faham.

    ReplyDelete
  86. office dah tutup and tinggal notis ' berpindah di Parkland'... duit bayam kata nak bayar bulan April, ni dah masuk bulan Mei... menipu lagi... surat dah hantar pun menipu jugak...baru balik dari office lama dia..memang masuk sikit tapi itu duit jugak...kena bayar pada bank jugak... memang peempuan ni nak kena la..

    ReplyDelete
  87. Kalau nak saman kena awal sebelum dia tukar ke syrkt berhad. Klu sendirian berhad, harta dia perlu dijual utk byr pelabur. Klu berhad, harta dia tak blh kacau. Siape siape ada buat group saman? Nak join.

    ReplyDelete
  88. kenapa masih ada melayu macam ni?....pandai cakap pasal dosa pahala.Dia kena ingat tuhan tak pernah bagi kita sebagai manusia hidup selama-lamanya....mesti mati....dia mungkin tak ingat mati dan mungkin dia ingat dia akan hidup buat selama-lamanya.....satu sen duit kita pelabur dia makan atau keluarga dia makan adalah seperti dia memakan daging keluarga dia sendiri.Pendapat saya pelabur-pelabur sekelian yang mana teraniaya buatlah laporan polis dan dah sampai masanya bertindak peluang dah lama pelabur bagi padanya namun dia masih mempermainkan pelabur-pelabur semua....

    ReplyDelete
  89. tul no tel semua dh xdpt ...sy rasa nk buat report sekarang ni...cam dh larikan diri dan larikan duit kita semua

    ReplyDelete
  90. betul tu sebaik-baiknya buatlah report polis...marina ni sentiasa melarikan diri dan juga cakap menipu...kalau pelabur masih menunggu duit tu masuk rasanya dah tak ada kot...buatlah repot polis untuk bagi pengajaran sikit pada si marina ni supaya bersikap jujur

    ReplyDelete
  91. Rasanya yg ex-staff ckp kat fb betul kot yg GAW xdah duit.

    ReplyDelete
  92. Saya pesreta tanaman halia tahun 2012 pada bulan 8.tpi saya blum dapat bayaran lagi.janji tinggal janji.manyasal sangat says melabur kat syarikat diorang ni.teringin juga nak buat laporan polis dan bank nagara.tpi kena sabar dulu.tunggu beberapa bulan lagi.kalau tak tahu lah nanti.nanti kena santit baru padan muka.

    ReplyDelete
  93. teruk nya keadaan skg... so memang ramai xdapt payment ke?

    ReplyDelete
  94. ada siape2 kat sini yang masuk pada tahun 2010 n 2011? payment dapat x?

    ReplyDelete
  95. sy join 2010, '11 & '12, tp pymt xmasuk lgsg! 1 sen pun xde. PUTERI MARINA BTE NASIR PENIPU! No.hp yg dia sertakan dlm surat tuh pun lgsg xlh pakai..bila call kat ofis br GAW sampai nak putus jari nak dail pun lgsg x di angkat..Grwwww......bikin panasssss.....

    ReplyDelete
  96. semua pelabur buatlah laporan polis sebab kalau menunggu duit sampai bila kita tak tahu bila boleh dapat si marina ni dah menipu macam-macam dah...duit dia dah sebat janji pula bukan main macam-macam habuk pun tarakkkk....sidang media yang dia janji tu bila??? tak sabar nak dengar apa yang tergemparnya!

    ReplyDelete
  97. Sya juga peserta tanaman halia 2012 pda bulan 8.tpi smpi skrng blum dpt pembayaran walau se sin pun.teruk betullah puan marina dan suaminya ni.penipu betul.terpikir juga saya nak buat loaporan polis dan BNM.tpi sebar2 dulu.ini many kena santit ni lama2.

    ReplyDelete
  98. I recommend you all proceed with police report before she runs away completely.

    ReplyDelete
  99. DAH TU SEBANYAK2 DUIT TU SELAMA NE HANG PI MELABUR KAT MANA????? TIME NAK AMBIK DUIT BUKAN MAIN LAJU.. NAMPAK SANGAT GUNA KE LAIN!

    ReplyDelete
  100. BARU JE BAGI DUIT TUP TUP..KOT KO KATA SORRY ADA MASALAH SIKIT...DAH TU PULANG BALIK AH DUIT AKUUUUUU!!! NAMPAK SANGAT KO GUNA DUIT TU MELABUR KE LAIN...XDE MAKNANYA KO GUNA BUAT TANAM SAYUR!!! JANGAN NANTI KO YANG KENA GUNA2 PULAK KANG HAAAA....JANGAN MAIN2....MENYESAL XSUDAH 7 KETURUNAN..

    ReplyDelete
  101. Salam...
    Saya ada tgk pada web yg mengatakan ada perjumpaan 'SEHARI BERSAMA MARINA NASIR' di Hotel Premier, Klang pd 3/6/13 nanti.. yg peliknyA Saya ada cal hotel tu dan tanya berkenaan event Marina ni... tapi pihak hotel cakap xde apa2 function pd tarikh tersebut... Ni kira MARINA NAK TIPU LAGI KE?? KAWAN2 SEKALIAN.. ADA X YG NAK PERGI HOTEL TU PADA 3HB TU? Saya ada daftar utk dapatkan sesi dan No. Rujukan seperti yg diminta... tlg komen sikit kawan2 seangkatan...

    ReplyDelete
  102. Suami sya br je call hotel tu, confirm ada booking pd 3.6 atas nama gaw 9am hga 5 pm. Nama hotel tu premiere bkn premier.. Di bkt tgi.. Jpa dsana...

    ReplyDelete
  103. saya harap marina perbetulkan disana...jangan menipu lagi....jelaskan semua paymentv pada pelabur...pelabur yang pergi kesana jangan terpedaya dan pastikan dia membayar dan bukannya menangguh lagi pembayaran tu....jangan beri masa pada dia lagi....ingatlah anda semua dah menderita cukup lama akibat pengurusan dia..selesaikan mengikut kehendak pelabur....selamat berjaya

    ReplyDelete
  104. Ank sdara dpt 1st pymnt 2oo utk kcg pjg ms dia check 5.5.. Ada tak yg dpt lg?

    ReplyDelete
  105. kita orang tak masuk pun....

    ReplyDelete
  106. masa saya daftar jadi rakan tani, saya solat hajat dan istikharah dulu, terkene juge. tak pe, dh ikhtiar. karang ni saya solat hajat dan baca yasin, sbb doa org dizalimi Allah makbulkan. saya percaya dan yakin. cume dalam buku "mencari kekayaan" mengatakan, janganlah kamu melabur kepada orang yang bukan pakar dalam bidang itu. kamu akan dikecewakan oleh penjual batu bata apabila kamu suruh dia uruskan batu permata". katanya lagi: "peliharalah hartamu daripada hilang dengan hanya melabur di mana terdapat peluang yang selamat, di mana ia akan dapat ditebus jika kita kehendaki dan kamu tidak akan gagal mendapat pulangannya. berurusanlah dengan orang yang bijak. terimalah nasihat daripada orang yang berpengalaman dalam mengendalikan soal wang. biarkan kebijaksanaan mereka melindungi harta kita daripada pelaburan yang tidak selamat".

    ReplyDelete
  107. rasanya hari ni marina ada buat perjumpaan di hotel mana ntah....dia tak cerita pun pada pelabur....so sesiapa yang menghadirinya saya minta toong syerkan apa katanya...adakah janji manis lagi atau dia nak membayar segalanya

    ReplyDelete
  108. ada sesiapa yang boleh khabarkan perkembangan terkini GAW?....sesiapa yang pergi perjumpaan Marina di hotel baru-baru ini..

    ReplyDelete
  109. Ramai tertipu puluhan ribu. Marina goyang kaki dpt duit tp xbayar pelabur. Projek banyak down dah. Dia janji i hotel nak bayar tp dusta je. Kalau bankrap dia untung xpayah bayar pelabur. duit kepok2 dah dlm akaun. Hebat x dia?

    ReplyDelete
  110. kita harap dia akan terima balasannya nanti kalau dia menipu dan dia mesti ingat apabila terima balasannya nanti duit yang banyak dah tak berguna lagi...dia janji nak bayar bila ye? dan apa lagi katanya di hotel pada hari tu

    ReplyDelete
  111. Katanya byr bln Sept. Klu tarik diri semua duit hanggus. Itu aje..

    ReplyDelete
  112. BULAN-BULAN YANG DIA JANJIKAN NAK BAYAR TU DAN TAK BAYAR PUN APA PULA ALASANNYA

    ReplyDelete
  113. saya ingin tahu apa pendedahan tergemparnya si marina tu buat pada perjumpaan di hotel tempoh hari..dia sentiasa menangguh pembayarannya...sesiapa yang berada dihotel tu pada hari tu boleh kita kongsi apa cerita dan beritanya?

    ReplyDelete
  114. saya juga menerima nasib yg sama mcm anda2 semua,projek kacang panjang,lot khas rm 9000.surat pjanjian pun tk dapat,dah setahun saya tunggu,habuk pun tarak,rasa menyesal sungguh,semoga ALLAH membalas NYA nanti,

    ReplyDelete
  115. Salam warga 1 malaysia.
    Aku pun terima nasib yg sama,dah setahun dah ni.payment pun tk dapat.dah nak puasa dah ni.pas tu raya pulak.

    ReplyDelete
  116. Pada 1 Julai baru-baru ni ako ade tpon opis GAW n staff dia angkat, dia cakap pymnt akan dibuat pada bulan 9 ni. Entah Berapa kali janji dahhhhh....!!

    ReplyDelete
  117. Sila buat lapuran kepada SSM tentang aktiviti pengambilan deposit Marina ni. Sudah tentu mereka sangat2 berminat untuk mengetahuinya. Saya sudah lapurkan kepada SSM dan dalam proses mengambil tindakan undang undang.
    Berniaga dengan menipu tak baik sekali.

    ReplyDelete
  118. orang tak jujur dan kuat menipu macam dia nie memang patut dihumban ke dalam penjara. Tapi duit wak camne??

    ReplyDelete
  119. sakitnye hati..duit bt loan utk join rakan tani..tp apa dapat? sedihnye...moga ada penyelesaian..mujur xbyk..tp kesian pada yg melabr puluhan ribu...

    ReplyDelete
  120. Skrg dh masuk bln sept...dh ada sape2 yg dh dpt ker?

    ReplyDelete
  121. Tak dapat 1 sen pun.. ari tu kat hotel cakap byr bln ni.. rasanya dah kena tipu lg.

    ReplyDelete
  122. Masih berharap moga marina tunaikan janji....
    Ya Allah, kepadaMu kami berserah, rungkaikanlah segala permasalahan ini.....

    ReplyDelete
  123. Nmpknya, pejabat baru di Bandar Parkland pun dh mula tutup balik.....Last time lepas dijanjikan bayaran on September 11, 2013, still no transection.....la nie kerap pulang alik pejabat dia, asyik tutup jer.....semakin hilang sabar.....!!!!!

    ReplyDelete
  124. nmpknyer kita semua ditipu dari dulu hingga skrg....bukan sekali tapi berkali-kali

    ReplyDelete
  125. Kita semua kena kencing dengan Dewi Marina saya melabur dgan GAW lebih dari !00K . Ini betul2 melayu business tahi ayam cepat panas lepas tu sejuk forever. Mula business macam benar tapi berakhir dgn penipuan. Saya doakan kau panjang umur dengan keadaan perutmu membusong sampai akhir h.ayat

    ReplyDelete
  126. laman web pun under construction.....apa ni?kata 3hb boleh check

    ReplyDelete
  127. Saya rasa disini, perlukan kerjasama semua pelabur yg senasib utk sama2 fikirkan tindakkan selanjutnya... Xkan nk dibiarkan dia begitu sahaja... Janji tinggal janji, pejabat di Bandar Parkland muka sentiasa tutup... Pada rakan perlabur yg telah berjaya menuntut hak mereka, bantu lah kami utk kami juga dapat tuntut hak kami....

    ReplyDelete
  128. Puan Marina, sila fikir masak-masak kesan dan akibat samada dunia dan akhirat daripada perbuatan puan ini. Jika benar puan menipu kami, Allah pasti memberi balasan yang amat pedih. Puan mesti mencari jalan bagi memulihkan semula perniagaan ini dan hak kami terpelihara.

    ReplyDelete
  129. berita terkini untuk keresahan hati, bersabarlah dan minta pada Allah menggantikan lebih baik dari apa yg hilang. apa yang diserahkan pada orang yg tidak amanah tidak akan kembali. cukuplah bulan september yg berlalu sebagai pengajaran. atur langkah baru, mulakan hidup baru, nak kaya kena jaga duit sendiri bukan suruh orang lain pegang. jadikanlah kisah duka ini pengajaran berguna utk masa hadapan. jgn percaya dengan skim cepat kaya!!!!!

    ReplyDelete
  130. kepada wak saimon dan lain-lain, wak kita nasib serupa, terlalu percaya pd org. sepatutnya kita melabur di tempat yg kita boleh tarik semula jika kita terdesak mahu menggunakan wang. tapi duit wak camne?. kita diuji dgn harta, Allah beri harta tp kita tidak mampu menjaganya. Semoga Allah ampun dosa kita dan beri balasan sewajarnya pada pengkhianat. sebab itu Rasulullah digelar al-Amin (org yang amanah) kerana khianat merosakkan diri sendiri dan org lain. Ya Allah, kau binasakanlah secara sedikit demi sedikit pengkhianat kami.

    ReplyDelete
  131. Tuah M..... Dalam Pertanian, cantik tajuk tu,,, tuah kita kat mane wahai m..... dgr cerita dh x de impian dn harapan, mudahnya bahasa tu ...

    ReplyDelete
  132. nmpknya kepada pelabur-pelabur, masalah ini berakhir dengan kegagalan marina menyelesaikannya.Seperti saya rasanya pelabur-pelabur lain juga hampa.dahlah sebarang info tak diberitahun malah byk berjanji yang semuanya punah...kepada marina diharapkan dipulangkan kembali duit pelabur yang kebanyakkan baru sja melabur.cuba bayar balik dengan kadar segera.hanya modal yang dipinta takkan wang kami pelabur nak dihilangkan begitu saja.dan satu lagi mana tarikh taklimat2 yang dijanjikan sehingga kini laman web gusta.com under construction...itu juga pembohongan...tampillah marina berjumpa dengan semua pelabur dengan segera.

    ReplyDelete
  133. TINDAKAN UNDANG-UNDANG OLEH SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA TERHADAP PENGANJUR SKIM PELABURAN TIDAK BERDAFTAR MELIBATKAN GREEN AGRO WORLD DAN SYARIKAT GREEN AGRO WORLD SDN. BHD
    Pada 23 September 2013, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah memperolehi perintah Injunksi daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Green Agro World (No. Perniagaan SA0110484-P) dan syarikat Green Agro World Sdn. Bhd. (No. Syarikat: 948644-T) yang menganjurkan skim pelaburan tidak berdaftar melibatkan projek pertanian.

    Melalui perintah Injunksi ini, Green Agro World dan syarikat Green Agro World Sdn. Bhd. atau ejen atau mana-mana entiti di bawah arahannya adalah dilarang daripada terus menawarkan skim-skim berikut kepada orang ramai sehingga mereka mematuhi peruntukan Akta Syarikat 1965 dan mendaftarkannya sebagai Skim Kepentingan:

    •Program Usahasama Agro Tani 2010/2011;
    •Program Gerakan Usahawan Tani 2012; dan
    •Program Keusahawan Tani 2013
    Antara lain, skim ini menawarkan peluang kepada orang ramai untuk melabur dalam projek-projek tanaman cili, kacang panjang, halia, ulam-ulaman dan tanaman berdaun dengan modal minima RM3000.00 untuk satu (1) lot. Tempoh kontrak adalah selama 24 bulan atau 48 bulan dan kadar pulangan minima yang dijanjikan kepada bakal pelabur adalah antara RM300.00 hingga RM390.00 sebulan, bergantung kepada jenis projek tanaman yang disertai.

    SSM memandang serius skim pelaburan tidak berdaftar sebegini yang menjanjikan kadar pulangan yang tinggi dalam tempoh masa yang singkat. Setiap skim pelaburan yang ditawarkan kepada orang ramai perlu didaftar untuk tujuan penelitian dan kelulusan oleh badan kawal-selia seperti SSM. Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati apabila ditawarkan untuk melabur dalam skim tidak berdaftar seperti ini dan perlu menyemak latar belakang penganjur. Semakan boleh dibuat sama ada datang secara peribadi ke pejabat SSM yang berdekatan, menghubungi Pusat Panggilan SSM di talian 03 77214000 atau melalui e-mel enquiry@ssm.com.my .

    DIKELUARKAN OLEH : SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
    BERTARIKH : 24 SEPTEMBER 2013
    http://www.ssm.com.my/ms/node/21786

    ReplyDelete
  134. macam mana pula kesudahannya duit kita.?....ada ke sebarang penyelesaian ?

    ReplyDelete
  135. saman n tuntut melalui mahkamah...

    ReplyDelete
  136. duit dah habis bagi marina...macammana nak bayar lawyer

    ReplyDelete
  137. Layan web gusta.biz mohon byrn blk. Tp blh dpt ke?

    ReplyDelete
  138. setakat hari ni apabila saya isi borang tu tak ada feedback apa-apa pun

    ReplyDelete
  139. ya setakat skrg dah seminggu borang diisi tp tak ada pun maklum balas dari GAW pun...katanya selepas 3 hari waktu bekerja akan dihubungi tapi habuk pun tak ada. so ada sesiapa yang tahu perkembangannya?

    ReplyDelete
  140. jgn harap dok ... atur langkah smula dok

    ReplyDelete
  141. sy dah taklarat tunggu payment........so sy ambil keputusan sy ambil tindakan undang-undang .kalau nak dapat cara penyelesaian boleh kol nombor ini 0132567205 cepat kol dah ada dalam proses tindakan undang-undang ..so kos takde mahal sangat

    ReplyDelete
  142. nak tahu kol sy 0132560725cepat

    ReplyDelete
  143. ye....betul tu mana payment.marina menipu lagi

    ReplyDelete
  144. ambil tindakan pada marina dan jangan jadi mangsa marina lagi
    dia asyik menipu saja pada pelabur yang melabur dengannya.

    ReplyDelete
  145. Mcamna green agro skang???any info???plezz share

    ReplyDelete
  146. Haritu ada updatee di gustabizz...kononnyer nk byar blik yg mane pojek gagal or yg tgendala...tp smpi skang ni xdak brita dri green agro ni....modal rm20k gak ni......kes naye ni...

    ReplyDelete
  147. aku pun jadi mangsa marina ...ada spe ada nombor baru marina ni ke r??? aku tetap nak tuntut hak akuuu balik...

    ReplyDelete
  148. Hello,
    Adakah perniagaan anda memerlukan pembiayaan? Adakah anda memerlukan wang untuk membeli peralatan, skala strategi pemasaran anda, atau mengambil pekerja baru? Tidak kira apa keperluan anda, ada satu perkara yang anda perlu ingat: mencari pinjaman perniagaan adalah lebih mudah hari ini berbanding sebelum ini. kami kewangan global yang terhad, syarikat pinjaman yang paling cepat yang memberikan daripada apa-apa jenis pinjaman kepada individu yang berkelayakan, swasta dan syarikat awam pada kadar faedah 2% tanpa cagaran. hubungi kami hari ini untuk pinjaman anda perlu melalui e-mel: emilianawilson11@gmail.com

    PINJAMAN Perkhidmatan yang disediakan termasuk:
    ================================
    * Pinjaman Commercial.
    * Pinjaman Peribadi.
    * Pinjaman Perniagaan.
    * Pelaburan Pinjaman.
    * Pinjaman Pembangunan.
    * Pembelian Pinjaman.
    * Pinjaman Construction.
    * Pinjaman Perniagaan Dan banyak More:

    BORANG PERMOHONAN PINJAMAN:
    =================
    DATA PERMOHONAN

    1) Nama Penuh:
    2) Negara:
    3) Alamat:
    4) Negeri:
    5) Seks:
    6) Status perkahwinan:
    7) Pekerjaan:
    8) Nombor telefon:
    9) Kedudukan Semasa di tempat kerja:
    10) Pendapatan bulanan:
    11) Jumlah Pinjaman yang diperlukan:
    12) Tempoh Pinjaman:
    13) Tujuan pinjaman:
    14) Agama:
    15) Adakah anda memohon sebelum:
    16) Tarikh lahir:
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  149. siapa tahu apa2 tentang perkembangan penipuan ini

    ReplyDelete
  150. Dalam hal ini, kita kena tuntut hak kita sebagai pelabur.
    Ada sapa2 dah buat tindakan.

    ReplyDelete
  151. Dia ni dah lari ke Kluang johor dari tahun 2015 mcm tu.. Jiran saya di Kluang. Kalau berjumpa time marhaban taman, ada lah dia cerita projek tanam cili di Simpang Renggam Kluang. Duduk rumah teres di sini menyewa. Tapi cakap rumah beli. Dan tengah nak beli lagi satu rumah di taman berdekatan. Nampak mcm mewah. Rumah siap ada maid. Sewa kereta dengan kawan saya lama2 terciduk jugak tak bayar sewa beribu. Last haritu time PKP saya lalu depan rumah ada lagi.. Tiba2 satu hari saya lalu tengok macam dah nampak lagi orangnya. Sebab dia bawak Nissan Navarra baru. Mewah oi.. Duit korang la tu. Saya lalu depan rumah dia sebelum tu siap cat baru macam nak duduk lama lagi.. Sekali Tiba2 nampak sunyi, aircond pun dah di cabut so bermaksud dia dah cabut lari la tu.. Dia selalu pumpang cerita modal puluh ribu.. Tak pernah cerita ribu atau ratus.. Mesti cerita puluh ribu 50 ribu ke atas... Saya angguk je la sebab dah biasa modus operandi orang macam ni. Nak tarik minat jiran u tuk melabur. Tapi saya tak gelap mata pun. Sebab saya sendiri kerja elok dan cukup makan. Taknak terciduk macam tuan puan. Tapi saya faham semua orang ada minat nak melabur dan bantu ekonomi masing2.. Kadang2 boleh terpedaya dengan cerita dia ni.. Pasangan suami isteri marina dan firdaus mokhtar suami ya. Anak tak lahir dekat hospital kerajaan tau.. Main swasta je. Duit pakcik2 semua la tu..

    ReplyDelete

Jurang Usia Bukan Halangan Perkahwinan

  Sewaktu remaja dahulu, aku selalu tertanya-tanya. Apa maksud sebenar perkahwinan ni? Adakah cuma kerana Cinta? Nafsu? atau berkahwin ...